HOPES

YOU ARE NEVER TOO OLD TO SET ANOTHER GOAL OR TO DREAM A NEW DREAM...





Friday, 24 January 2014

Pelaburan Langsung Antarabangsa (FDI)



Apakah Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung di luar negeri (DIA)?







FDI merujuk kepada pelaburan dalam bentuk instrumen kewangan iaitu modal ekuiti, perolehan dilabur semula dan modal lain (pinjaman antara syarikat, kredit perdagangan, pendahuluan dll) oleh pelabur langsung asing di dalam enterpris pelabur langsung mereka (subsidiary, cawangan atau syarikat bersekutu) di Malaysia. Pelabur langsung ialah entiti asing (individu atau syarikat) yang memiliki secara langsung atau tidak langsung, sekurang-kurangnya 10 peratus ekuiti modal (dalam bentuk saham biasa atau kuasa mengundi) bagi enterpris di Malaysia.

Sebaliknya, DIA merujuk kepada pelaburan (iaitu modal ekuiti, perolehan dilabur semula dan modal lain) yang dilakukan oleh syarikat Malaysia (pelabur langsung) di dalam affiliate mereka (subsidiari, cawangan atau syarikat bersekutu) di luar negeri dimana mereka memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus modal ekuiti (saham biasa atau kuasa mengundi)

Teori Pelaburan Antarabangsa

a) Teori Kelebihan Pemilikan : mencadangkan bahawa firma yang memilik aset yang bernilai dapat mewujudkan kelebihan daya asing diperingkat domestik yang mana dapat menembusi pasaran asing melalui Pelaburan Secara Langsung Asing (FDI)

b) Teori Internalisasi : mencadangkan bahawa Pelaburan Secara Langsung Asing (FDI) adalah lebih cenderung berlaku dengan pengeluaran antarabangsa di dalam sesebuah firma iaitu apabila kos perundingan pemantauan dan kontrak yang dikuatkuasa dengan firma kedua adalah tertinggi.

c) Teori Dunning's Eclectic : merupakan penggabungan kelebihan pemilikan, kelebihan lokasi dan kelebihan Internalisasi untuk membentuk penyatuan bagi teori Pelaburan Secara Langsung Asing (FDI).

No comments:

Post a Comment