HOPES

YOU ARE NEVER TOO OLD TO SET ANOTHER GOAL OR TO DREAM A NEW DREAM...





Friday, 13 December 2013

SEBAB BERLAKUNYA PERNIAGAAN ANTARABANGSA ???


 Sebab Berlakunya Perdagangan Antarabangsa


Faktor luaran


1.    Meluaskan Pasaran
• Terdapat lebihan keluaran dalam negara. 
• Syarikat tempatan terpaksa mencari pasaran baru di luar negara.
• Ini dapat membantu menyebarkan risiko kerugian syarikat.

2. Perkongsian Teknologi
• Keperluan sating bergantungan antara dua negara menggalakkan perdagangan antarabangsa.
• Ini kerana teknologi, pengetahuan dan kepakaran dapat dikongsi bersama untuk mengatasi kelemahan masing-masing.
• Keadaan ini dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran.

3. Sumber Pengeluaran
• Kekurangan sumber pengeluaran di pasaran tempatan.
• Maka, syarikat tempatan mencari sumber yang murah dan banyak di negara asing.
• Sumber mahir dan berkualiti juga boleh didapati.


4. Dasar Kerajaan
• Galakan kerajaan asing dari segi penyediaan tapak kilang dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap.
• Promosi pelaburan kerajaan dengan menawarkan status perintis, insentif dan lain-lain menggalakkan berlakunya perdagangan antarabangsa.

5. Persekitaran

• Kestabilan politik negara asing yang menjamin keselamatan nyawa dan harta menggalakkan pelaburan di negara tersebut.

• Kedudukan geografi sesebuah negara yang strategik dapat menjimatkan kos pengangkutan bagi aktiviti import dan eksport.
• Kestabilan ekonomi negara asing yang menjamin peluang perniagaan juga menggalakkan pelaburan di negara tersebut.


6. Blok perdagangan

• Contoh: ASEAN menggalakkan aktiviti perniagaan antara negara anggota untuk kepentingan bersama.

• Negara dalam kawasan pertumbuhan bekerjasama membangunkan kawasan serantau melalui kerjasama ekonomi, teknikal dan lain-lain.

Faktor dalaman


1.    Peraturan dan halangan negara sendiri

• Undang-undang kerajaan tempatan terlalu ketat 
• Keadaan ini mendorong perniagaan dijalankan di negara asing yang lebih longgar peraturan. 
• Contoh: Pembukaan kilang kimia Jerman di China yang masih kekurangan undang-undang untuk mengawal masalah pencemaran persekitaran.



2.    Permintaan sesuatu produk dari negara asing
• Syarikat tempatan bertindak balas terhadap permintaan negara asing atas produk tempatan. 
• Dengan itu, pengeluaran ditingkatkan untuk dieksport ke negara berkenaan.
• Contoh: Penjualan kapal terbang perang MIG Soviet Union kepada Malaysia.

1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete