HOPES

YOU ARE NEVER TOO OLD TO SET ANOTHER GOAL OR TO DREAM A NEW DREAM...





Friday, 13 December 2013

JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA 




JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA

a)            Import (barangan dan perkhidmatan)
b)            Eksport (barangan dan perkhidmatan)
c)            Perlesenan
d)            Francaise.Usahasama
e)            Kontrak Pengeluaran
f)             Pelaburan Langsung


IMPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)

·                     Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara oleh individu atau organisasi

·                     Import terbahagi kepada dua :–secara langsung melalui ejen asing atau wakil penjual–tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan asing

·                     Contoh :Buah kurma diimport dari negara-negara Arab Saudi semasa bulan Ramadhan


EKSPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)

·                     Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar negara kepada pembeli individu atau organisasi di Negara asing.

·                     Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan dalam pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran dan kerugian kepada syarikat.

·                     Eksport terbahagi kepada dua:-secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan asing.

·                     Contoh : Malaysia mengeksport minyak sawit bertapis ke Amerika Syarikat.


PELESENAN

·                     Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara asing untuk mengeluar atau memasar ataukedua-dua sekali sesuatu jenama produknya (pemberilesen) di pasaran tempatan

·                     Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan di pasaran tempatan

·                     Contoh-contoh perlesenan: jenama, formula, paten,mengedar, mengeluar, trade mark, proses, hakcipta,program dan lain-lain.


FRANCAIS

Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna tanda niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-prinsip pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan dengan perjalanan syarikat daripada francaisor.

Contoh : McDonald’s, KFC, IKEA, BONIA, EON




USAHASAMA

·                     gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu.

·                     usahasama membolehkan syarikat asing mendapat pengalaman dan menembusi pasaran di negara lain dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber syarikat tempatan

·                     boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak pengurusan, pemilikan minoriti dalam syarikat atau kontrak jangka panjang berdasarkan perjanjian tertentu

·                     Contoh : Sony Ericson, Pepsi Cola


KONTRAK PENGELUARAN

·                     Melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen member kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten,tanda perniagaan, teknologi, penggunaan jenama, spesifikasi kepada firma penerima kontrak untuk membuat, mengeluar/menjual produk

·                     Strategi memasuki pasaran berisiko/halangan/sekatan ketat

·                     Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli semula komponen atau produk yang dikeluarkan olehpenerima kontrak

·                     Contoh : Boeing memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat untuk membina komponen-komponen kapal terbangnya

·                      








No comments:

Post a Comment