HOPES

YOU ARE NEVER TOO OLD TO SET ANOTHER GOAL OR TO DREAM A NEW DREAM...





Monday, 20 January 2014

INTERNATIONAL BUSINESS ACTIVITIES

EKSPORT DAN IMPORT di MALAYSIA


Prestasi Perdagangan : November 2013 dan Januari - November 2013

Perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari-November 2013 bernilai RM1.247 trilion, peningkatan 3.7% daripada RM1.203 trilion yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun 2012. Ini disumbangkan oleh peningkatan eksport dan import. Eksport meningkat 1.4% kepada RM654.08 bilion manakala import mengembang 6.3% kepada RM592.91 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM61.16 bilion.
Eksport November Mengembang 6.7%
Eksport pada November 2013 mencatatkan peningkatan yang ke-5 bulan berturut-turut sejak Julai 2013, meningkat sebanyak 6.7% kepada RM62.25 bilion berbanding tahun yang sebelumnya.
Import pada November 2013 meningkat 6.4% kepada RM52.53 bilion daripada  November 2012, disumbangkan terutamanya oleh kenaikan import barang pengantara sebanyak 9.9% atau RM2.72 bilion.
Jumlah perdagangan Malaysia pada November 2013 meningkat 6.6% berbanding tahun lalu kepada RM114.78 bilion. Peningkatan dalam perdagangan direkodkan dengan Republik Rakyat China (RRC), yang meningkat sebanyak RM3.53 bilion, ASEAN (↑RM994 juta), Republik Korea (ROK) (↑RM903.6 juta), Australia (↑RM757.9 juta), Hong Kong (↑RM749.1 juta), Jerman (↑RM678.1 juta), dan Taiwan (↑RM510.5 juta).

No comments:

Post a Comment